Quantcast
Channel: beliamuda {dot} com » iPhone 5
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Sanggup Bangun Pukul 3 Pagi Demi iPhone 5!

0
0

Salam sejahtera buat semua.

Kotak iPhone 5 je...

Semasa hari pertama iPhone 5 dijual tempoh hari, saya pasti ramai yang sanggup bangun awal pagi atau mungkin tidak tidur terus untuk beratur di kedai yang menjual produk Apple semata-mata untuk menjadi yang terawal mendapatkan iPhone 5.

Saya mempunyai seorang rakan sekerja yang merupakan pengguna setia iPhone. Sekarang ini dia menggunakan iPhone 4S. Saya memang sudah mengjangkakan yang dia pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan iPhone 5.

iPhone 5 ke ni? Silau la pulak...

Pada awalnya, dia menanti untuk membeli iPhone 5 daripada Apple Store. Namun, disebabkan sedikit terlewat mengakses Apple Store, semua stok telah habis. Jadi, pertaruhan untuk mendapatkan iPhone 5 beralih kepada membelinya di kedai.

Dia memang sudah target awal-awal lagi untuk mendapatkan iPhone 5 yang berwarna hitam. Katanya, hanya 100 unit sahaja yang dijual di setiap kedai. Jadi, mencari kedai yang paling sedikit orang beratur adalah sangat penting.

iPhone 5 dan MacBook

Sebelum dia bergerak ke lokasi kedai untuk mendapatkan iPhone 5, dia mencari maklumat mengenai berapa ramai yang telah menanti di kedai untuk mendapatkannya. Pembeli dikatakan telah mula menanti di Orchard Central seawal jam 9 malam!

Setelah diselidiki, hanya belasan pengguna sahaja yang menanti di Causeway Point, Woodlands (sekitar pukul 3 pagi). Disitulah dia mendapatkan iPhone 5 berwarna hitam. iPhone 4S yang digunakan sekarang pula dibeli semasa kali pertama jualan dibuka melalui Apple Store.

iPhone 5 vs iPhone 4S

Ditanya mengenai apa yang menarik minat dia untuk menggunakan iPhone, “pada masa tu mana ada smartphone Android lagi” adalah jawapan yang diberikan. Dia mula menggunakan iPhone sejak daripada generasi iPhone 3G. Semua jenis iPhone selepas itu tidak dilepaskan.

Kesimpulannya, dia memang peminat iPhone!

beliamuda: Sebab dialah boleh godek-godek iPhone 5 tempoh hari.

(Dilawati sebanyak 545 kali, 1 kali hari ini)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Trending Articles